Wednesday, August 13, 2008

Perjuangan Kita Belum Selesai...

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkandari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggirdipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsapara pejuang kemerdekaanbagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa selangkah beerti mara mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatihasalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpeliharaair mata sengsaramengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecilkerana mengisi kemrdekaanrupanya lebih sukar dari bermandikeringat dan darah menuntutnya Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,mengangguk dan membenarkan,kerana sekalipun bangganya negarakerana makmur dan mewahnya,bangsaku masih melata dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kitameneruskan perjuangan kemerdekaan kitakerana rupanya selain memerdekakan,mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanyabukankah sejak zaman berzamanmereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,menjadi pedagang dan peniaga selain menjadi ulama danilmuan terbilang?Bukankah bangsaku pernah mengharungsamudera menjajah dunia yang tak dikenalBukankah mereka pernah menjadiwira serantau yang tidak mengenalerti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsakuberasa begitu kecil dan rendah diri?Apakah angkara penjajah?Lalu bangsaku mulaimelupakan kegemilangan silamdan sejarah gemilang membina empayarTugas kita belum selesai rupanyabagi memartabat danmemuliakan bangsakerana hanya bangsa yang berjayaakan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kitabukan sekadar memerdeka dan mengisinyatetapi mengangkat darjat dan kemuliaanbuat selama-lamanyaHari ini, jalan ini pasti semakin berlikukerana masa depan belum tentumenjanjikan syurgabagi mereka yang lemah dan mudah kecewaPerjuangan kita belum selesaikerana hanya yang cekal dan tabahdapat membina mercu tandabangsanya yang berjaya

Dr. Mahathir MohamadMei 1996

No comments: