Wednesday, August 13, 2008



DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA KITA DIRIKAN PUTRAJAYA

Demikian gema gempita semangat merdeka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata
Kian jauh menyelusuri zaman merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan petanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtuhan haloba segalanya mereka rempoh
Mengganggap diri mereka panglima belantara

Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat merdeka tidak lagi sudi menitis
Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga

Tentang ceritera dongeng yang mereka cipta
Yang remeh itu utamaYang utama itu remeh
Yang kecil dialamkanYang alam dihamakan
Melodi ceritera yang sungguh mengasyikkan
Kata mereka ? Takkan Melayu Hilang Di Dunia?
Sambil menggigit jari jemari
Mereka pun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka

Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan di Jawa
Pun tidak kita bina tugu ingatanDi Prang Besar kita tiada selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibirPetani di bendangNelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan yang menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora

Suatu simbiosis insan dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putranegaraPutrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Di mercu ini kita zahirkan senibudaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni tamanBersih ? indah ? tertib ? teratur
Adunan tamadun tinggiJumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang

Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu
Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kitaBangga dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua
PutrajayaLambang negara bangsa merdeka Putrajaya
Lambang negara bangsa merdeka
Putrajaya Lambang negara bangsa merdeka


Y.A.B. DATO? SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
PERDANA MENTERI MALAYSIA
29 Ogos 2001Sempena Pesta Puisi Patriotik 2001
Di Taman Putra PerdanaPutrajaya

No comments: