Saturday, April 18, 2009

Syarahan Naib Canselor UKM 2009:

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Syarahan Naib Canselor 2009 sebagai  meneruskan tradisi menyampaikan mandat kepemimpinan Universiti  kepada warganya. Majlis syarahan ini akan diadakan pada hari 17 April 2009 jam 9.00 pagi di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi.

Syarahan yang bertajuk 
Membina Momentum Menatar Keunggulan - Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana telah disampaikan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Syarahan Naib Canselor 2009, seperti Syarahan-syarahan Naib Canselor yang sebelumnya, diadakan dengan tujuan:

i.
Meneruskan tradisi kepemimpinan UKM menyampaikan mandat kepada warga UKM;
ii.
Memapar perkembangan baru yang memberi pengaruh kepada kelangsungan Universiti, serta
cabaran terhadap perkembangan dalam organisasi dan persoalan masyarakat semasa;
iii.
Menghebahkan tujahan hala tuju Universiti dalam tempoh 10 tahun akan datang bersama universiti
terkehadapan dunia serta melakar tindakan dalam menghadapi cabaran masa depan;
iv.
Mengajak warga UKM berkongsi wawasan dan misi Universiti.

Antara tetamu jemputan yang turut diundang ke Majlis Syarahan Naib Canselor UKM 2009 termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, rakan-rakan Universiti dari beberapa universiti, Kementerian dan NGO.

Sumber terkini di www.ukm.my

 

No comments: