Wednesday, October 22, 2008

Sejarah & Tamadun Islam Yang Agung


Sejarah adalah peristiwa yang telah berlaku dan tamadun adalah pencapaian yang telah dicapai oleh sesebuah masyarakat. Jadi sejarah dan tamadun islam adalah segala peristiwa yang telah berlaku dikalangan umat Islam serta pencapaian mereka dalam semua bidang lapangan kehidupan yang meliputi bidang ekonomi, kebudayaan, sosial, politik, pendidikan, sains dan teknologi dan sebagainya. Kehadiran Islam ketika zaman jahiliyah juga telah merubah sistem dan lanskap kehidupan masyarakat jahiliyah yang bertunjangkan kepada kehendak dan hawa nafsu semata-mata kepada masyarakat madani yang mempunyai nilai dan keperibadian akhlak yang tinggi serta telah berjaya menjadi salah sebuah tamadun yang agung dan terulung. Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi Muhammad s.a.w. mendapat wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan Islam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan-kerajaan Islam lain yang muncul.

Kedatangan Islam di wilayah kepulauan Melayu merupakan peristiwa terpenting dalam sejarah kepulauan tersebut. Bahasa Melayu juga dijadikan bahasa pengantar di kepulauan Melayu-Indonesia dan merupakan “bahasa Muslim” kedua terbesar yang digunakan oleh lebih dari 100 juta manusia yang menghuni kepulauan melayu tersebut. Sebab itu, Melayu kemudian menjadi identiti dengan Islam. Sebab, agama Islam merupakan unsur terpenting yang telah memperkembangkan  tamadun di alam melayu seperti kewujudan kerajaan Islam di Perlak, Kampar, Acheh dan sebagainya. Adapun Islam berasal dari kata "Aslama" artinya selamat sentiasa "Salama" ertinya memelihara diri dalam keadaan selamat sentiasa. "Assalam" artinya selamat, tunduk patuh, taat, kasih sayang berserah diri secara total kepada Allah s.w.t.


No comments: