Pada 12 September 2007, telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal kepada 18 Syarikat yang merangkumi tiga kategori iaitu premis makanan, produk keluaran dan rumah sembelihan.
Majlis penyerahan Sijil Pengesahan Halal telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Daud bin Abdul Rahman, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) dan Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Penggalakkan dan Pembangunan Estet-Estet Perindustrian).
Beliau dalam ucapannya memaklumkan bahawa sambutan warga Sarawak terhadap pensijilan Halal amat baik, malah Sarawak diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai yang paling agresif melaksanakan pensijilan tersebut.
Menurut beliau lagi, masyarakat Islam tidak perlu ragu bila melanggani premis-premis yang telah mempunyai sijil halal ini, kerana pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, pada 7 September 2007 yang lalu, beliau sendiri telah menyertai para pegawai JAIS mengadakan lawatan mengejut. Premis yang gagal mengekalkan prestasi atau piawaian yang ditetapkan akan diberi notis dan selepas tempoh 3 bulan akan diperiksa bagi menentukan sijil layak dikekalkan atau ditarik balik.
Semoga dengan komitmen YB Datuk Haji Daud serta AJK Teknikal Halal MIS bersama pengusaha syarikat akan menjulang nama Negeri Sarawak sebagai pengeluar makanan Halal dan berkualiti bukan sahaja di Malaysia malah mungkin sehingga ke peringkat Antarabangsa.

Sumber: www.jais.sarawak.gov.my
No comments:
Post a Comment