Friday, September 12, 2008

Tahniah Kepada Ustaz Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM


Ustaz Othman bin Mustapha (kanan)

Y.Bhg. Ustaz Othman Bin Mustapha telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM menggantikan Y.Bhg. Tn. Hj Anan C. Mohd berkuatkuasa 1 September 2008 bersamaan 1 Ramadhan 1429H. Y.Bhg. Tn. Hj. Anan telah dipinjamkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

 

Ustaz Othman mendapat pendidikan awal di Ma'ahad Muhammadi Kota Bharu dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Syariah di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mula berkhidmat pada tahun 1982 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai Penolong Pengarah. Pada akhir tahun 1991 beliau telah bertukar ke JAKIM (Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM pada ketika itu). Pada tahun 1992 beliau telah ditukarkan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai Atase Agama.

 

Pada tahun 1997 beliau kembali ke Bahagian Keurusetiaan Antarabangsa, JAKIM. Seterusnya, pada tahun 1999 beliau dilantik sebagai Pengarah di Bahagian Penerbitan. Tiga tahun selepas itu beliau dilantik sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak. Pertengahan tahun 2005, beliau kembali ke ibupejabat dan bertugas sebagai Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Pada 1 Oktober 2007 (Ramadhan 1428H) beliau dipinjamkan ke Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Seluruh warga JAKIM mengalu-alukan kedatangan Y.Bhg. Ustaz Othman Mustapha sebagai Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM.

Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM  

No comments: