Thursday, August 7, 2008

Memahami Tamadun Bangsa

Sebagai rakyat Malaysia kita, kita perlu memahami sejarah bangsa dan tanah air kita. Mereka yang tidak memahami sejarah bangsa dan negara akan mengulangi kesilapan lampau yang telah mengheret bangsa dan negara dijajah selama 446 tahun. Mereka yang melupakan sejarah akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka terdahulu. Sejarah bukan hanya untuk dibaca tetapi mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah yang pernah berlaku supaya menjadi pengajaran dan panduan dalam setiap langkah dan tindakan. Kewajipan menjaga negara adalah tanggungjawab setiap kita. Hadir ke Kursus Peningkatan T.O.T fasilitator Kursus Kenegaraan (SSM) kali ini merupakan satu anugerah dari Allah s.w.t supaya saya lebih kenal, faham dan menginsafi akan setiap perjuangan yang telah diperjuangkan oleh para pejuang bangsa yang terdahulu. Sesungguhnya, untuk memperoleh kemerdekaan mungkin suatu perkara yang amat mudah tetapi untuk mengekalkan nikmat kemerdekaan ini ianya memerlukan pengorbanan dan kesungguhan yang tinggi.
Kita pernah menjadi sebuah bangsa yang dipandang tinggi dan disegani. Kewujudan kerajaan Melayu Melaka sejak abad ke-15 begitu terkenal sehingga pelabuhannya menjadi tempat persinggahan para pedagang dari China, India dan Arab. Melaka juga menjadi pusat penyebaran agama Islam di Alam Melayu. Negeri Johor, Terengganu, Selangor, dan Perak bernanung dibawah Kesultanan Melayu Melaka. Manakala Jambi, Inderagiri, Siak, Kampar, Rokan, Kepulauan Bentan da Lingga menjadi tanah jajahannya. Tetapi kerajaan Melayu Melaka yang berkuasa selama 110 tahun itu akhirnya dapat diruntuhkan oleh Portugis hanya dalam masa 10 hari sahaja disebabkan perpecahan dan pertelingkahan dikalangan rakyat. Kuasa yang ada pada kita hari ini janganlah kita persiakan. Ianya merupakan anugerah kurniaan Allh s.w.t. Silap langkah kita dalam bertindak maka banyak musuh yang sedang menunggu untuk mengambil kesempatan sekaligus merampas maruah dan hak kita di bumi yang bertuah ini.

No comments: