19/06/2008 5:03pm
KOTA BHARU 19 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan telah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk, Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai tindakan tikam belakang yang dilakukan oleh orang yang kecewa.
“Tikam kawan ini kerja orang yang kecewa, sepatutnya kita kena bincang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh di sini hari ini.
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan bahawa parti itu telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Nik Aziz berkata, tindakan SAPP itu merupakan “titik pertemuan” SAPP dengan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat.
“Saya tak biasa lagi dengan dia ni, tapi dia sudah mulai ikut line (laluan) pembangkang, maknanya sudah ada titik pertemuan di antara kami dengan dia. Cukuplah tu untuk permulaan,” katanya. — BERNAMA.
No comments:
Post a Comment