Thursday, June 19, 2008

Dewan Tertinggi BN Kutuk Kenyataan Teck Lee

Dewan Tertinggi BN kutuk kenyataan Teck Lee
19/06/2008 6:08pm
KUALA LUMPUR 19 Jun – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, bentuk tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) hanya akan diputuskan selepas mendengar penjelasan daripada Presidennya, Datuk Yong Teck Lee.
Beliau berkata, mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang bersidang di sini hari ini juga sebulat suara mengutuk kenyataan Teck Lee yang secara terbuka menyatakan parti itu hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
``Dewan Tertinggi BN menganggap kenyataan Teck Lee itu sebagai tidak berprinsip dan tidak beretika,’’ kata Tengku Adnan kepada pemberita di sini.
Menurut beliau, mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu juga memutuskan untuk mengarahkan semua Ahli Parlimen BN hadir sepanjang masa pada sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini dan menolak sebarang usul udi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. – Utusan.

No comments: