Thursday, June 26, 2008

Datin Patinggi Jeanne Abdullah Isteri PM Lawat Bahagian Mukah

Pada 30 Jun 2008, Isnin, Datin Patinggi Jeanne Abdullah dan rombongan akan mengadakan lawatan ke bahagian Mukah dan sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Sejahtera Task Force III yang berlangsung pada keesokan harinya iaitu pada 1 Julai 2008, Selasa. Sebelumnya, wanita pertama negara itu dan rombongan akan mengadakan lawatan dan kunjungan ke Kampung Penipah, Daro dan seterusnya beliau dan rombongan akan berangkat dari Daro dan terus berkunjung ke Kampung Litong, Mukah.
Pada hari pelancaran tersebut satu pameran akan diadakan di ruang legar Dewan Suarah Mesra, Mukah. Bahan-bahan yang akan dipamerkan adalah berupa ilustrasi mengenai aktiviti-aktiviti dan pencapaian agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam pelaksanaan Program Sejahtera Task Force III di Bahagian Mukah iaitu Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Pelajaran. Disamping itu, produk-produk industri kotej (Sarawak Best Product) juga dipamerkan.

No comments: