Akan berkembangkah dakwah Islam seandainya tanggungjawab yang telah diamanahkan tidak kita laksanakan dengan sebaik yang mungkin. Dengan hanya kita mengharapkan agar masyarakat dapat mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhannya tetapi kita sebagai pendakwah hanya duduk di pejabat menunggu masa dan waktu untuk pergi dan balik ke rumah kemudian hanya menunggu poket penuh dihujung bulan. Itukah yang dikatakan telah melaksanakan tanggungjawab?
Persoalan-persoalan seperti ini tiba-tiba berputar di dalam pemikiran saya selepas solat Fardhu Jumaat tadi? Sesungguhnya masyarakat amat memerlukan segala usaha dan perancangan ke arah membentuk masyarakat yang sentiasa menjadi agama Islam sebagai satu cara hidup ke arah umat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dan bukannya umat yang "temberang, bergelumang dengan kemaksiatan dan kejahilan ilmu" yang akhirnya meruntuhkan martabat dan darjat sesuatu ummah. Agama Islam pernah membawa transformasi kepada manusia daripada kejahilan ilmu, kebinasaan dan kemaksiatan kepada agama yang telah menerangi dan memberikan cahaya petunjuk berupa hidayah, ilmu pengetahuan dan iman kepada sekalian alam bukan hanya kepada mereka yang beragama Islam tetapi juga kepada mereka yang bukan beragama Islam. Masalah seperti ini adalah sebagai renungan dan peringatan kita bersama supaya kita sentiasa beringat dan bermuhasabah akan amanah dan tanggungjawab yang telah kita pikul sekarang ini.
fauzih1@sarawaknet.gov.my 3.30pm 27 Jun 2008
No comments:
Post a Comment