Wednesday, February 25, 2009

Kongres Islam Sarawak 2009M / 1430H

Pada 10-12 Februari 2009M, Majlis Islam Sarawak telah menganjurkan Kongres Islam Sarawak di Hotel Grand Margherita dan Riverside Majestic, Kuching. Seramai 500 orang peserta telah menghadiri kongres tersebut yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Dalam ucapannya, beliau berkata percantuman dua tenaga intelektual seperti ekonomi dan teknikal merupakan asas paling selamat dalam pembentukan sebuah kerajaan yang kukuh serta tidak mudah terpengaruh dengan unsur luar. Tidak seperti kebanyakan negara barat yang telah mencapai kemajuan, intelektual Islam di Negara kita mempunyai persefahaman erat dengan intelektual lain yang membolehkan mereka berkerjasama untuk meningkatkan kemajuan.

Membawa tema Ummah Bermaruah, kongres kali ini diadakan untuk melawat kembali idea dan pandangan serta usul-usul yang telah diperolehi daripada kongres 1968, yang menilai apa-apa kemajuan atau pencapaiannya pada masa sekarang.

Matlamat kongres adalah untuk:
• Melawat kembali idea dan pandangan Kongres 1968,
• Menyemak sejauh mana idea dan pandangan itu telah direalisasikan, atau
• Mengukuhkan maruah ummah serta meningkatkan martabat Agama Islam ke arah lebih disegani dan dihormati masyarakat majmuk

Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan pada kongres tersebut:

Kertas Kerja 1(Klik Pada Kertas Kerja 1 untuk Memuat Turun)
Pengupayaan Ummah Melalui Pendidikan Berkualiti: 
Pemantapan dan Kesepaduan Nilai, Sikap, Ilmu dan Kemahiran

Pembentang: YBhg. Profesor Dr. Sidek Baba
Pembicara: YBhg. Datu Dr. Haji Adi Badiozaman Tuah
Pengerusi: YBhg. Dr. Razali bin Abon

Kertas Kerja 2: (Klik Pada Kertas Kerja 2 untuk Memuat Turun)
Perkembangan Pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Media Alternatif:
Pemupukan Jati Diri Ummah

Pembentang: YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mohamad Yusuf bin Haji Othman
Pembicara: YBhg. Dr. Shahren Tuna Ahmad Zaidi Edruce
Pengerusi: YBhg. Profesor Madya Dr. Jamil bin Haji Hamali

Kertas Kerja 3: (Klik Pada Kertas Kerja 3 untuk Memuat Turun)
Globalisasi Ekonomi dan Lanskap Baru Ekonomi Dunia:

Ruang dan Peluang Bagi Pembangunan dan Pertumbuhan Ekonomi di Malaysia
Pembentang: YBhg. Datin Paduka Siti Sa’adiah Sheikh Bakir
Pembicara: YBhg. Datuk Haji Talip bin Zulpilip
Pengerusi: YBhg. Dr. Akbar bin Ibrahim

Kertas Kerja 4: (Klik Pada Kertas Kerja 1 untuk Memuat Turun)
Perkembangan dan Permasalahan Sosiobudaya dalam Pembentukan Ketuhanan dan Daya Saing Ummah:
Dakwah Dalam Era Baru

Pembentang: YBhg. Profesor Datuk Dr. Zainal Kling
Pembicara: YBhg. Sahibus Semahah Dr. Haji Juanda bin Haji Jaya
Pengerusi: YBhg. Datu Misnu bin Haji Taha


Sumber: Jabatan Agama Islam Sarawak

No comments: