Pemerintahan mengikut islam,tidak berjaya ditegakkan,kecualijika terdapat seorang pemimpin yang diberi taat setia oleh rakyatnya.Allah berfirman:"Wahai orang yang beriman ,taatlah kamu kepada allah dan taatlah kamu kepada rasulullah dan kepada Ulil Amra (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".(An-Nisa' ayat 59)
Islam memberi tanggungjawab yang besar kepada pemimpin,sebagai satu amanah,bagi membawa golongan yang dipimpin mencapai tujuan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat,oleh kerana pentingnya peranan pemimpin,maka seorang ulamak sufi bernama Khotib ad-din junaidi pernah ditanya oleh muridnya:"Wahai guruku!,sekiranya segala doa tuan dimakbulkan oleh allah,siapakah orang yang akan tuan doakan terlebih dahulu?".Jawab khotib ad-din junaidi:"Sekiranya saya mempunyai doa yang mustajab,nescaya orang yang pertama yang akan saya doakan ialah pemimpin,kerana sekiranya pemimpin saya itu baik,nescaya baiklah rakyat dan sejahteralah negara".
Ini menunjukkan,bahawa kita mestilah menghormati dan mentaati pemimpin,selagi mana pemimpin itu tidak menyuruh kita untuk melakukan perkara maksiat.Mentaati pemimpin adalah saru perintah allah.Oleh itu setiap orang islam mesti mengikut apa yang diperintah oleh allah dan meninggalkan segala larangannya.Agama islam tidak hanya menuntut seseorang itu mempelajari dan mengetahui kebaikan-kebaikan islam itu semata-mata,sebaliknya agama islam menghendaki apa yang kita ketahui mengenai islam itu diikuti dengan amalan.Islam juga mahu ilmu yang diperolehi dapat menggerakkan hati pemiliknya kepada mengamalkan cara hidup islam secara menyeluruh.
No comments:
Post a Comment