Hati adalah penghulu seluruh anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak, niat baik dan niat yang tidak baik. Selagi hati itu belum dibersihkan (disucikan) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.
Allah SWT berfirman dalam Surah Asy-Syams Ayat 7 hingga 10 :” Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). ”
Banyak akhlak dan sifat-sifat yang tercela yang seharusnya kita hindarkan dari hati. Di antara penyakit-penyakit hati yang berbahaya ialah sifat sombong. Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh syaitan yang terkutuk. Sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 34 :
” Dan ( ingatlah ) ketika kami berfirman kepada malaikat : Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir. ”
Allah membenci hamba-hambaNya yang sombong sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Nahl Ayat 23 :” Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Dia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur. ”
Dalam
Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-tandanya iaitu :
No comments:
Post a Comment