Marilah sama-sama kita merenung akan maksud sebenar yang tersurat dan tersirat video muzik ini. Penuh dengan maksudnya yang tersendiri. Sesungguhnya ini sahaja yang dapat saya usahakan bagi memupuk semangat cintakan kepada tanah air kita. Kalau tidak kita siapa lagi? Kita yang berhak ke atas maruah dan tanah air keramat ini. Memperoleh kemerdekaan mungkin suatu perjuangan yang mudah tetapi untuk mengekalkan nikmat kemerdekaan ini, memerlukan pengorbanan dan semangat juang yang tinggi. Saya tidak sanggup melihat anak bangsa saya kembali dijajah di atas tanah air saya sendiri. Terima kasih pejuang bangsaku, Allahyarham Tunku AbdulRahman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir b Mohamad dan Dato Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia) yangku kasihi.
No comments:
Post a Comment