Sempena dengan memperingati Nuzul al-Quran al-Karim yang merupakan kitab suci dan salah satu rukun iman ini, marilah sama-sama kita menjadikan al-Qur’an sebagai pedoman dan panduan hidup bermula diperingkat individu, keluarga, masyarakat dan negara. Sesungguhnya semua hukum dan peraturan-Nya menjadi penyelamat di dunia dan di akhirat. Disamping itu, menjadi kewajipan kepada ibu bapa merancang program kelas-kelas al-Qur’an kepada anak-anak secara serius dan bersungguh-sungguh. Adalah malang jika anak-anak diabaikan daripada ilmu al-Qur’an, sedangkan pelajaran akademik sanggup disediakan kelas-kelas tuisyen. Sebagai umat Islam yang wajib beriman dan mengamalkan ajaran al-Qur’an perlulah memastikan bahawa masyarakat Islam bebas daripada penyakit buta al-Qur’an. Sesungguhnya masyarakat yang celik al-Qur’an akan dilimpahi hidayah keberkatan dan rahmat Allah SWT.
No comments:
Post a Comment