Salam kepada semua sidang pembaca. Selepas solat maghrib ketika sedang muhasabah akan diri ini tiba-tiba fikiranku melayang dan memikirkan akan nasib dan scenario generasi pelapis masyarakat pada masa yang datang. Lebih kurang 20 hingga 30 tahun nanti. Apakah yang berlaku seandainya warisan ataupun kesenian bangsa dan agama yang masih bertahan yang dimiliki oleh orang tua kita pada masa kini tidak segera dimiliki ataupun diambil oleh generasi masa kini.
Fikiranku tiba-tiba memikirkan hal tersebut setelah berbual-bual dengan seorang pemimpin masyarakat di Mukah ini (Ayahanda Pemanca Tuan Haji Shamsudin b Haji Hossein) pada petang tadi yang mana berdasarkan pemerhatian dan pengamatanku beliau ini memang seorang yang amat berpengalaman dan memiliki tradisi keilmuan yang amat tinggi seperti ilmu dalam bidang Zikir & Marhaban, takhtim Al-Quran, Pembacaan Rawi dan sebagainya yang telahpun beliau warisi daripada nenek moyang kita dahulu. Alangkah ruginya kita seandainya kesenian Islam seperti ini akan lupus dan luput ditelan zaman yang semakin berusia ini. Sama-sama kita renungkan!!!

No comments:
Post a Comment