Takziah buat keluarga Allahyarham Haji Shamsuddin bin Haji Hossein yang telah kembali ke rahmatullahi pada tengah hari 11 Julai 2008 bersamaan 8 Rejab 1429H. Kita kehilangan seorang ilmuan yang telah mewarisi tradisi ilmu kesenian islam yang tinggi. Bakat dan kepimpinannya sentiasa disanjung tinggi dan dihormati disegenap lapisan masyarakat. Tidak mengira batasan umur, pangkat dan darjat bahkan masih mampu tersenyum dan bertegur-sapa tatkala ajal bakal datang menjelma. Tidak akan menghampakan sesiapapun walaupun nyawa jadi taruhan. Sesungguhnya saya merasa amat bangga kerana dapat mengenali dan merapati ilmuan sepertinya. Mudahan rohnya sentiasa tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin...
No comments:
Post a Comment